Selamat Datang Ke Blog Zack Zai

Selamat Datang Ke Blog Zack Zai...

Sunday, 28 October 2012

Hari Raya Aidiladha 2012..

Sambutan Aidiladha 1433 Hijrah..perjalanan pulang ke desa mengambil masa 10jam..huh sangat lama dan memenatkan..bertolak dr sri damanasara pukol 10mlm sampai di kuala berang pukol 7.30pagi iaitu dia pagi raya…sampai je terus iron baju utk en.asben pg masjid….mata memang mengantuk giler lah..tahan jer la…hari raya kedua ma sakit,badan ketar2,lepas mengurut ma berehat n tidor… kesian tgk ma,selalu sangat sakit sejak kebelakangan ini..hari ni juga aqiqah asyura(anak sedara)..my brother pg tempat sembelih lembu..pagi hari pg tgh hari xbalik2 lg..rupanya lembu mengamuk..pe lg lari lingtang pukang la semua orang..last2 pukol 1 lebih baru daging lembu sampai kt umh….selesai masak n makan tgh hari sy n en.asben gerak ke Pahang umh mak metua…sblm gerak ke Pahang abah ada berpesan beberapa perkara…tentang kematian dh soal sembahyang jenazah…sebak dihati ini….otw balik Pahang dapat msg ma di bawa ke hospital sbb badan lemah kurang air,sampai kt sana nurse masukkan air…lps beberapa jam ma dh boleh balik umh…badan pun makin sehat..Alhamdulillah…..syukur…..raya ke 3 saya n en.asben gerak balik ke kl..bertolak pukol 4ptng sampai umh kol 12mlm…mmg penat la..sy tidor je dlm kete..hihihi…..kesimpulan (balik kmpng raya nie jem giler & sayangilah ibubapa sementara mereka masih ada)…..









suka btl wat muka dak 2 orng nieh....







muka donald duck ..muahaha...





Darwish dengan seluar nak terlondeh hahah...


Tuesday, 23 October 2012

CINTA,RINDU & SAYANG

Cinta bagai hujan,
Hadir tiba-tiba,
Lebat dikala puncak,
Renyai tika penghujungnya,
Namun ia membawa rahmat semesta….

Rindu umpama rembulan,
Terang menyinari alam gelita,
Cantik ditemani kejora,
Hadirnya pasti,
Ketika insan merintih….

Sayang umpama kawanan awan,
Berubah mengikut waktu,
Ditiup angin,
Namun yang pasti,
Ianya tetap ada dihati…..

Monday, 22 October 2012

S.A.H.A.B.A.T


Dedikasi Buat SAHABAT...

GBS-SAHABAT BY ZACK ZAI

Kenal tak lama,
Kawan baru sahaja,
Tapi kita sentiasa bersama,
Inilah kita SAHABAT….

Jauh terpisah,
Semenanjung ke sabah,
Tapi kita tetap satu,
Kita digelar SAHABAT….

Dalam hati semangat bersama,
Walau kita dimana sahaja,
Tetap utuh persahabatan kita,
Kerna kita memang SAHABAT….

Suka duka kongsi bersama,
Kita umpama sang pencinta,
Gelak ketawa kita semua,
Bagai dunia milik kita,

Genggam erat tangan bersama,
Jangan lepaskan ia pergi,
Kerna kita berjanji,
Akan menjadi SAHABAT selama-lamanya….